Monday, March 2, 2015

Pameran Pengantin 2015

Hai semua pembaca dan juga stalker.. hehehe... minggu lepas dari 28 februari hingga 1 Mac, kami telah menyertai Pameran Pengantin Malaysia 2015 di SACC, Shah Alam.

Kena Serbu

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan mendapat sambutan meletop dari pengunjung.Pameran ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 9 malam anjuran Urban Vibe Event Sdn Bhd.


Final Touch
Kami membawa beberapa produk 'hot selling' seperti Tshirt Rewang, mug, banner/bunting dan juga ekslusive door gift.


pilih jangan tak pilih!

kami jangka, hanya penduduk sekitar shah alam atau lembah klang sahaja yang datang, tetapi, ramai sangat pengunjung datang dari jauh; Jitra, Pekan, Besut dan juga Bukit MErtajam!


Crew kami

Penat jugak la kaki kami berdiri 11 jam tu weh.. heehehe.. apa2 pun, thanks banyak2 ya semua yg berkunjung, dan kami mencatat jualan lebih lima angka, jauh lebih dari yang dijangkakan.



hari pertama, jumlah pengunjung sangat perlahan, hingga rasa nak menitiskan air mata, memikirkan sewa tapak yang boleh menjulingkan mata, namun, hari kedua dan ketiga jumlah pengunjung sangat ramai.hingga kan flyers dan namecard  kami diulang cetak beberapa kali..


Add caption

kami juga menaja hadiah utama untuk pengunjung bertuah di Pameran tersebut iaitu Zenfone 5 dan juga Oppo Smartphone.yang sedihnya, deejay tak war2 pun kami sebagai penaja.. agak kecewa jugak disitu,, haha.. ikhlas tu memang ikhlas, tapi tujuan kami untuk mempromosi booth kami bang! hahaha..

Sesi menghadiahkan Zenfon 5 kepada pengunjung bertuah
bigboss entertain customer..customer ni memang best, sporting yang amat!
dan yang paling mengujakan kami, booth kami yang warna warni ini turut dikunjungi Ustazah Fatimah Syarha yang cantik dan lemah lembut ni.. Terima Kasih ye Ustazah,.. Ustazah turut menyampaikan talk yang amat releven iaitu "Bercinta, sebelum atau selepas nikah"..


Bersama ustazah Fatimah Syarha
Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Fizo Omar dan Isterinya Mawar, dan juga persembahan kumpulan Nasyid Saf One serta band Alfarabi!


big boss sedang membuat persembahan.. hehe
 Sekian sahaja laporan dari kami dari Shah ALam, jumpa lagi di Midvalley insyaAllah..


orang lain bergambar sebelum, kami bergambar selepas semua dah dicabut.. adess.. muka pun penat je..

terima kasih sebab sudi baca sampai habis, sesiapa nak sertai booth pameran pengantin ni, boleh la contact kami ye.. eh.. contact organizer la.. 




1 comment:

  1. Macam mana nak sewa booth dekat untuk pameran pengantin sacc ni?

    ReplyDelete