Wednesday, March 25, 2015

PERCETAKAN SILKSCREEN

QUALITY FIRST!

assalamualaikum..

harini kami belanja sikit gambar bagaimana proses percetakan kami berlangsung. Dari proses membuat tempahan, hinggalah ke proses penghantaran..anda akan didedahkan dengan RAHSIA BESAR!


1. MEMBUAT TEMPAHAN

Apabila pelanggan datang atau pun whatsapp kami untuk membuat tempahan, kami biasanya akan mengambil beberapa maklumat berkenaan tempahan tersebut.. contohnya, nama pelanggan, nak buat baju apa, nak cetak apa, nak berapa unit, nak pakai bila dan beberapa lagi soalan lazim..

pada waktu ini, pelanggan akan ditunjukkan sample, harga, dan diterangkan dengan proses2 percetakan.. serta, anda akan didedahkan dengan kualiti serta jenis2nya..

pelbagai pilihan baju dan jenis kain

pelanggan juga boleh pilih material mengikut bajet dan juga kualiti barangan tersebut..anda jangan la tertipu sangat dengan harga yang murah giler, sebab satu benda yang anda kena tahu, 'best product never come cheap'.. hehe..

dengan kami, anda boleh pilih baju atau material dari semurah2nya hingga semahal2nya.. semua jenama ada, oren sport, gildan, enzo, foursquare dan lain2 lagi yg tak berapa femes..

kami adalah dealer kepada brand Gildan


2. PENGHASILAN ARTWORK 

Selepas pelanggan mengesahkan tempahan, dan telah memilih jenis t-shirt atau produk yang hendak ditempah, kami akan memulakan kerja-kerja dengan beberapa prose tertentu.Yang pertama ialah menghasilkan design ataupun artwork.

Pereka grafik kami sedia membantu anda dalam  proses penghasilan artwork
di sini, proses mungkin mengambil masa beberapa jam atau beberapa hari, bergantung pada tempahan pelanggan, dan juga apa yang hendak dicetak..lagi rumit,lagi lama prosesnya dan lagi mahal kosnya.. hehe 


kami memiliki beberapa orang pereka grafik profesional, yang mana mereka ini memiliki IJAZAH SARJANA MUDA dalamm bidang REKAAN GRAFIK atau SENI VISUAL sekurang-kurangnya untuk menyertai kami.  Sebab itu, kami jamin  anda akan berpuas hati dengan hasil kerja kami..
Kami tak main-main dengan kualiti okey?


filem
selepas pelanggan setuju dengan artwork tersebut, maka ia akan dijadikan 'filem'.. bukan macam filem kat wayang tu ye..filem ini ialah artwork yang dicetak atas 'tracing paper' ataupun kertas surih..

1. PENYEDIAAN BLOK SILKSCREEN
proses Expose
sebelum proses cetakan dibuat, ia akan didahului dengan proses pembuatan blok.kat bawah ni ialah gambar studio kami.di sini la proses pembuatan blok dilakukan.

proses 'marking'
filem yang telah dicetak atas kertas surih/tracing paper tadi akan di expose pada blok yang telah disapu bahan kimia khas.proses ini mengambil masa beberapa jam juga untuk siap..



blok siap untuk digunakan

3. PROSES CETAKAN


Selepas siap buat blok, kami akan test dahulu hasilnya.suapaya pelanggan berpuas hati, dan menepati kehendak pelanggan.Kebiasaannya, pelanggan pasti suka, kerana pengalaman kami lebih lima tahun, kami tahu apa pelanggan suka, dan apa pelanggan tak suka.. 

test atas satu unit dahulu
sebelum mencetak,  bos kawalan kualiti kami akan pusing dulu satu round untuk memastikan beg/baju ini semua dalam keadaan sedia untuk dicetak. Supaya pelanggan dapat beg yang elok kualitinya, dan sempurna hasil cetakannya!

periksa dulu sebelum cetak..kot2 ada habuk?
Untuk mendapatkan hasil cetakan (silkscreen) yang terbaik, beg atau t-shirt mestilah dalam keadaan bersih.Jika ada habuk atau kotoran, ia akan menyebabkan blok tersumbat, serta menghasilkan cetakan kualiti yang agak teruk.



pemilihan warna cetakan

sebelum cetak, kami akan membancuh warna.proses ini agak rumit, kerana warna-warna ini bukannya datang sudah siap.ia perlu dibancuh menggunakan akal dan juga pengalaman.. rubber dye ini datang dari kilang hanya warna putih dan juga clear.Setiap kali dye baharu sampai, ia akan dicuba dahulu untuk mendapatkan nisbah bancuhan yang betul..



Kat sini lah kreativiti kami lagi sekali diuji. kalau salah bancuh, alamatnya lainla jadinya..tapi asasnya mudah: nak dapatkan warna hijau, kena bancuh warna kuning dan biru.

nak dapat warna oren, campur merah dan juga kuning,

nak dapat warna tourqouise? light purple? hijau lumut?  ha.. susah tu..hanya pengalaman memisahkan kita.. cewah..


jika ok, proses percetakan pun bermula

ha.. so kalau boss quality control bagi green light, pelanggan pun dah setuju, maka proses seterusnya ialah mencetak!

proses ini dilakukan dengan amat berhati-hati dan memerlukan skill yang tinggi.. kalau kesilapan dilakukan,beg atau baju akan  reject wo0o0..
kakitangan kami memang cun..hehehe



4. PENGERINGAN/PEMBUNGKUSAN

Selepas produk siap di cetak, proses seterusnya ialah pengeringan.Kami jarang menggunakan 'hot gun' atau dryer kerana, proses tersebut hanya menyebabkan rubber dye hanya kering pada lapisan luar sahaja.. manakala dalamnya masih basah.. kesannya, jika tak betul2 kering, dakwat tersebut boleh melekat antara satu sama lain..


packaging

selepas kering, kami akan menjalankan lagi sekali proses kualiti.Barang akan dikira, dan disemak sekali lagi sebelum barang tersebut dihantar kepada pelanggan..ini bagi mengelakkan pelanggan mendapat barang yang salah, atau tak cukup..
double check sebelum lipat

siap pun..

angkut atas lori.. kalau dah berpuluh-puluh kotak, kami hantar sendiri je ke seluruh Malaysia

tulang belakang Rz Print


Tahun 2014 yang lepas,  kami telah membeli dua buah lori/pickup truck untuk melicinkan proses penghantaran kepada pelanggan kami.. harini, lori kami sudah menjelajah ke seluruh Malaysia!

kami pernah hantar baju ke Kota Bharu, ke Ipoh, setakat KL ataupun Sungai Buloh tu, makanan kami je tu.. kami memang happy buat kerja2 ni.. disamping dapat berjalan, kami dapat ramai kawan.. ramai pelanggan kami, kini jadi kawan rapat.. teman ketika berkahwin atau berpisah.. so sad man..

hehe...

harap anda sentiasa bahagia...


lori pink yang gagah perkasa!




Selepas siap dibungkus dan dikotakkan, maka seterusnya ialah proses pengeposan.. barang-barang akan diangkat ke atas lori untuk dihantar kepada pelanggan, ataupun syarikat kurier seperti poslaju/skynet akan datang ke kedai kami untuk mengambil barangan tersebut..

kira dulu sebelum bungkus

kami adalah pelanggan kontrak kepada poslaju dan skynet.. dengan itu, kami akan mendapat harga special dari mereka, dan ia tentunya menguntungkan pelanggan kami,apabila kami dapat menawarkan kos pos percuma untuk tempahan lebih 30 helai.. ya PERCUMA POS!


lepas siap cetak tunggu betul2 kering ye bang..

'color testing'

itu lah serba sedikit bagaimana proses mencetak silkscreen dilakukan.. so, kalau anda nak menempah tshirt atau beg atau apa2 sahaja cetakan silkscreen atas tuala, beg, non woven bag, kemeja, apron, mug, atau lanyard, boleh whatsapp kami untuk keterangan lanjut yea!

my name is Abdullah Rawahah Isharudin



call/sms/wahtsapp 012 908 7504 - Abdullah Rawahah Bin Isharudin


No comments:

Post a Comment